SEDIKIT PENCERAHAN PUNCA LAHIRNYA NEGARA HARAM YAHUDI YG DIIKTIRAF PBB 1948 !
DILEMA MELAYU
SIRI 576
POLITIK ZIONIS
TUJUAN MENGHALALKAN CARA
Kewujudan negara haram Israel di bumi Palestin akibat mainan politik jahat British dan Perancis menghancurkan kuasa politik Ottorman Turki pada awal abad 20 di Timur Tengah. British menghasut para pemimpin Arab melalui semangat nasionalisme Arab menentang kuasa Turki yang menguasai Arab Saudi dan negara-negara Arab lainnya. Akibat Turki menyebelahi Jerman pada Perang Dunia Pertama, Turki kalah dalam perang itu maka empayar Turki juga turut hancur.
British dan Perancis membahagikan berbagai negara Arab di Timur Tengah antara mereka. Mereka inilah yang melahirkan para pemimpin Arab yang menjadi boneka British dan Perancis. Memang menjadi matalamat British dan Perancis memfaraidkan bumi Arab yang kaya dengan minyak untuk kepentingan mereka.
Israel diwujudkan oleh Lord Balfour British untuk memberi negara kaum Yahudi selepas Perang Dunia Kedua. Akibat dasar British itu rakyat Palestin yang menguasai Palestin diusir, berlaku peperangan antara Arab dengan Yahudi tetapi gagal. Yahudi mendapat bantuan dan sokongan apa saja dari negara-negara Eropah, khasnya US dan Britain, serta para jutawan Yahudi seperti Rosschild dan lain-lain. Dasar ‘pecah dan memerintah’ di Timur Tengah menyebabkan kuasa politik Arab dan Islam lemah.
Hari ini Arab Saudi yang kononnya anti Israel dan Zionis sudah ahlan wasahlan dengan Israel.
Mengapakah Arab hancur? Para pemimpin Arab tidak mempunyai kekuatan intelek, miskin ilmu, bodoh sombong, super rakus, zalim, korup, berlagak menyilau mata menunjukkan kekayaan masing-masing, memperalatkan agama tetapi berjiwa munafik, memperkosa hak asasi manusia dan berjiwa diktatorial.
Zionisme menjadi suatu agama baru kepada Yahudi yang berpegang pada PROTOCOL OF ZION. Demi memperjuangkan kepentingan dan kuasa Zionis mereka mengikut falsafah politik komunis ajaran Karx Marx , juga seorang Yahudi, iaitu ;’ Politik adalah panglima. Tujuan menghalalkan cara’. Yahudi hanya 15 juta seluruh dunia tetapi mereka banyak cerdik pandai dalam serba bidang yang mendukung ajaran Zionisme. ILMU ITU KUASA dan Yahudi kaya dengan ilmu yang tidak dapat ditandingi oleh para pemimpin Arab yang zalim, bodoh sombong dan korup.
Allah telah memberi jalan kepada Nabi Muhammad saw bahawa untuk mendapat kejayaan dunia dan akhirat ialah menguasai ilmu (‘iqraq’]. Kalau sesuatu kaum itu lemah kepimpinannya seperti mana yang berlaku di negara-negara Arab dan Negara Dunia Ketiga lainnya maka jangan terkejut beruk kalau negara-negara itu dan para pemimpinnya menjadi boneka kuasa besar yang kaya dengan ilmu.
Bukalah minda kamu, cermin diri, dan berlaku jujurlah pada diri kamu dan Allah bahawa kamu hanya hidup dalam dongeng kuasa tetapi menjadi badut menurut rentak kuasa asing.