KUALA LUMPUR DULU DAN KINI DIMANAKAH TAPAK WARISAN TAMADUN MELAYU ?
Sejarah selepas MERDEKA bukan saja wajar ditolak malah wajib ditulis semula.Mengapa ? Nyata sejarah sebelumnya penuh dengan pemalsuan dan pengsoplapan fakta. Western sentrik yang secara totok menyebelah ke barat. Mengapa ? ……..kerana ia ditulis oleh para sarjana yang diupah atau menjadi alat proses penjajahan Eropa ke atas dunia. Mereka mengosongkan sejarah dan peradaban kita. Mereka meletakkan bahawa kita bangsa bangsa yang terjajah bergantung kepada orang barat demi menempa kemajuan.
Tanpa tamadun Barat kita tidak mungkin mengenal dunia.Bahawa selama ini kita tidak ada sejarah dan tamadun.Hanya menerusi pertembongan dengan tamadun barat sahaja kehidupan kita mulai mengenal peradaban dan mengatur kehidupan menerusi proses pemodenan.Contohnya P.Pinang adalah pulau kosong yang dibuka oleh Francis Light, Kuala Lumpur dibuka dan diasaskan oleh Yap Ah Loy.