BILA P.PINANG AKAN MENGHARGAI JASA ANAK WATANNYA SENIMAN TERBILANG NORDIN AHMAD !!!!!!!!!
4 OGOS 1929
Hari ini 4 Ogos 2017 maka genaplah 88 tahun usia Allahyarham seniman NORDIN AHMAD. NORDIN AHMAD dilahirkan di Kampung Kota, Permatang Pasir, Seberang Perai, Pulau Pinang. Anak kedua dari enam adik-beradik ini dibesarkan dalam keluarga yang serba sederhana.
Bapanya seorang kakitangan kerajaan yang berkhidmat sebagai pekerja am di Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang manakala ibunya pula membuat kerja-kerja kampung dengan mengusahakan sawah padi di bendang. Siapa sangka anak kedua dari pasangan AHMAD BIN SAHAK dan CHE BINTI MD HASHIM ini apabila dewasanya akan menjadi seorang seniman filem Melayu yang sangat tersohor.
Bermula di Shaw Brothers dan berakhir di Cathay-Keris. Sepanjang 20 tahun penglibatan beliau di dalam bidang seni, NORDIN AHMAD telah berlakon di dalam 50 buah filem dan telah berpeluang mengarah sebanyak 10 buah filem. Disaat ramai yang masih menanam minat kepada persembahan NORDIN AHMAD, beliau telah dipanggil pulang untuk mengadap Maha Pencipta-Nya pada 15 Jun 1971.
Begitulah hilangnya sebutir bintang yang hampir keseluruhan hidupnya diabadikan untuk seni.
NORDIN AHMAD – PERMATA SENI TERBILANG
4 OGOS 1929 – 15 JUN 1971
Sumber :
Keluarga Nordin Ahmad di Pulau Pinang
Keluarga Nordin Ahmad di Singapura
Allahyarham seniwati Salmah Ibrahim (Balu)
Kajian peribadi Hidir Ali Razali